Monday, June 23, 2008

harum subur di hati

"Dan sekiranya kamu taat kepada kemahuan kebanyakan manusia, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah."

(Al-An'am : 116)

==============================================================

kata syarifah aini..

kasihnya ibu
membawa ke syurga
kasihnya saudara
masa berada

kasihnya ayah
sanggupkah berpisah
dan kasih anaknya
berkorban nyawa


anak ayah : nak balik.. tak suka duduk sini..

ayah : kenapa tak suka?

anak ayah : orang kat sini sumenya kasar..

ayah : dia buat apa? dia kata apa?

anak ayah : sob.. sob.. (menangis)

ayah : jangan menangis. hidup ni mesti berani. kalau orang buat kita, kita balas balik. jangan sampai orang tindas kita. kalau orang cakap kasar dengan kita, kita kena cakap kasar balik. tapi kalau orang tak kacau kita, jangan sesekali berkasar dengan orang. jangan kerana orang cakap kasar dengan kita, kita menangis sensorang dalam bilik air. anak ayah dengar tak ni?

anak ayah : sob.. sob.. sob.. (tangisan makin kritikal)

ayah : jangan macam ni. anak ayah mesti berani. ingat balik apa tujuan anak ayah ke sana. anak ayah nak belajar kan? kita mesti buktikan kita yang terbaik. jangan ada lagi orang merendahkan kita. ingat asal usul kita. anak ayah.. Allah takkan tolong kita kalau kita tak tolong diri kita sendiri. ingat pesan ayah.. Allah sentiasa bersama kita. Allah sentiasa ada.

anak ayah : sekarang ni nak buat macam mana ayah?

ayah : jangan pedulikan apa orang kata. yang penting kita tak buat perkara salah. buat apa yang Allah suruh. tinggalkan apa yang Allah larang. anak ayah.. ingat pesan ayah sentiasa.. bila kita bersama orang susah.. letakkan diri kita lebih rendah daripada mereka. tapi bila kita berada di kalangan orang senang.. letakkan diri kita lebih hebat daripada mereka.

anak ayah : cemana tu ayah?

ayah : caranya hanya satu. hanya dengan pelajaran kita dapat bertindak begitu. tanpa pelajaran kita akan jahil. kejahilan tu akan menyebabkan kita tiada matlamat hidup. ingat matlamat hidup kita di dunia ni. dunia ni hanya sementara anakku sayang. tapi hidup yang sementara itulah perlu bekalan secukupnya agar kita bersedia untuk menemuiNya pada setiap masa. ingat.. Allah sentiasa bersama anak ayah. ayah yakin Allah sentiasa menjaga anak ayah..


ya.. Allah sentiasa menjaga anak ayah.. moga roh ayah tergolong di kalangan orang² yang soleh..

selamat hari bapa buat para bapa!

No comments: