"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong & memeliharaku) tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dia lah yang mempunyai Arays yang besar."
(At-Taubah : 29)
==============================================================
khamis lepas aku gi dengar ceramah pengurusan jenazah kat opis ni.. itulah 1st time aku pi dengar ceramah pengurusan jenazah.. terok tol aku ni.. umuq 31 baru pi dengaq..
ceramah mmg menarik ditambah lg dengan al fadhil ustaz yg mengajar yang kaya dgn ilmu..
aku pun nak share dengan pembaca sedikit info pasal ceramah lepas.. antara topik yg diutarakan sbg intro ceramah ialah amalan khurafat.. kat sini aku listkan beberapa amalan khurafat yg diamalkan oleh org melayu yg sempat aku salin drpd cerah tu :
1) meletakkan Al_Qur'an di dada mayat dgn harapan mayat dijauhi iblis
2) mengurung kucing hitam sbb takut kucing hitam langkah mayat krn percaya mayat blh bangun semula jika dilangkah kucing hitam
3) menyuruh ahli keluarga menyusup di bawah keranda dgn harapan keluarga yg ditinggalkan tidak bersedih
4) jgn bagi airmata menitik ketika mencium mayat kerana bimbang mayat akan turut sama bersedih
5) jika mayat mati mata terbukak bermakna hajat tak kesampaian
6) meninggalkan nasi dalam periuk selepas berlaku kematian kerana percaya roh akan pulang
7) baca Al-Qur'an di atas kubur kerana percaya Munkar & Nakir tidak akan menyoal mayat (baca Al_Qur'an memang amalan yg baik tetapi jgn qasadkan dlm hati bahawa Munkar & Nakir tak tanya.. malaikat² Allah tak pernah takut kpd manusia)
8) mati di Mekah & mati pd hari jumaat baik -- jgn qasadkan dlm hati setiap yg mati pada kedua-dua keadaan itu baik krn hanya Allah Yang Maha Mengetahui amal baik seseorang
9) amalan pacak payung di atas kubur dgn kepercayaan jenazah akan mendapat rahmat
10) menyapu tanah liat pada jenazah bimbang jenazah pernah terpegang anjing semasa hidup
11) bunyi burung hantu / ayam berkokok di awal malam menandakan ada orang yg nak mati
12) amalan meletakkan beras di kepala mayat dgn kepercayaan jumlah beras = bilangan zikir para malaikat pada jenazah
13) membaca Surah Al-Ikhlas pada batu sungai dan diletakkan di atas kubur & tidak boleh dilangkah (batu sungai mmg elok diletakkan di atas kubur krn batu sungai akan berzikir namun tak perlu dibaca Surah Al-Ikhlas pada batu tersebut)
14) melaungkan azan pd jenazah sewaktu dimasukkan ke liang lahad (azan hanya dilaungkan ketika menandakan masuk waktu, menyambut kelahiran bayi dan ketika berada di dalam hutan)
15) membakar kemeyan untuk menghalau syaitan -- membakar kemeyan bertujuan utk menutup bau jenazah bukannya menghalau syaitan
16) baca talkin utk si mati -- talkin sbnrnya utk org hidup
17) apabila tiba ke rumah slps pulang drpd menziarah org mati, baju ditanggalkan kerana percaya syaitan mengikut -- salah!!!
18) amalan meletak gunting besi di perut si mati dgn kepercayaan syaitan tak ganggu
19) amalan pulih rumah -- meletak kain pada tiang seri & disertai dgn jampi serapah
tu serba sedikit yg aku sempat salin.. aku beralih lak dgn tips menziarahi org mati spt yg aku dpt drpd ceramah tersebut:
1) jika tengok muka jenazah, jgn tgk muka shj.. tgk hingga ke kaki krn dikhuatiri yg memandang itu lemah samangat dan akan mengingati muka mayat tersebut
2) jika jenazah itu berbau, jgn meludah tetapi telanlah air liur krn jika diludah bertambah loyalah tekak
itulah serba sedikit ceramah pengurusan jenazah yg aku hadiri & aku nak kongsi dgn para pembaca..
.
.
.
.
sabtu lps nenek aku meninggal.. rasanya baru je attend ceramah pengurusan jenazah.. tup² jenazah dah di depan mata.. tp dek krn aku jua pernah mengalami kehilangan yg cukup terkesan di hati.. kematian kali ini tidak langsung mengejutkan aku..
cuma bila dikenangkan proses pengebumian.. mayat diletakkan di dalam tanah di mana pipi menyentuh tanah.. dan kemudian ditutup.. dikambus dgn tanah.. aku jd takut.. apakah nasib aku nanti..
No comments:
Post a Comment