(Ali-'Imran : 200)
==============================================================
buat sahabatku yg disayangi..
kunukilkan lembaran ini khas buatmu.. sesungguhnya hidup ini penuh dengan dugaan.. tiada manusia yg melalui hidup ini dgn lancar sempurna.. namun di sebalik kepahitan itu pasti ada kemanisannya bak kata ukays.. pahit akan manis akhirnya..
sahabatku..
bersabarlah dalam menghadapi apa jua rintangan.. memang perit untuk dikau melaluinya.. masih terngiang-ngiang di telingaku tangisanmu itu.. kekecewaanmu itu.. namun ingatlah sahabatku.. sematkan di hatimu.. hidupmu hanya bergantung kpd Allah.. pahatkan kata² tersebut di hatimu.. cukuplah Allah bagimu.. cukuplah Allah..
kerana apa? kerana Allah tidak pernah dan tidak akan mengecewakan hambaNya.. kenapa? kerana Dia amat² menyayangi hambaNya.. sekiranya Dia menyayangi hambaNya mengapa Dia menguji hingga sedemikian rupa?
sahabatku..
kerana Dia Maha Kaya.. Dia Maha Mengetahui yang terbaik untukmu.. Dia lebih mengenalimu.. lebih drpd kamu mengenali dirimu sendiri.. kerana apa? kerana Dia yang menciptamu.. Dia yang menciptamu dari segumpal darah.. Dia mengujimu.. Dia ingin memberikanmu pahala dengan demikian cara.. Dia ingin engkau mendekatiNya.. jangan sesekali menjauhiNya.. Dia merindui tangisan keinsafan, zikir² dan ingatan di sepertiga malammu terhadapNya.. agar engkau sentiasa bersedia untuk menemuiNya kelak.. Dia tidak berkehendakkan apa² pun sahabatku..
sahabatku..
pesanku.. jangan ada walau sekelumit rasa kasih.. sayang.. mahupun cinta terhadap insan lain melainkan ia berlandaskan Lillahi Taala.. betulkan niatmu pabila menyintai insan di atas muka bumi ini..
dan sahabatku.. jgn sesekali bergantung kpd manusia.. kerana manusia hanyalah ciptaan Allah yang punyai perasaan.. bila² masa sahaja dia boleh berubah.. dia boleh mengecewakanmu.. dan andaikata dia berubah dan mengecewakanmu janganlah engkau tangisi akan perbuatannya.. dan janganlah menyalahkannya.. kerana apa? kerana dia hanyalah manusia..
kuatkan semangatmu.. kuatkan tekadmu.. dekatkan diri pada Allah.. kerana setiap ujian yang mendatang itu pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.. tiada apa yg berlaku dgn sia²..
sahabatku..
jgn engkau terlalu menyayangi manusia.. kelak engkau akan membencinya.. jangan jua engkau terlalu membenci manusia.. kelak engkau akan menyayanginya.. dari itu.. wasatiahlah dalam kasih mengasihi.. sayangi dan cintailah manusia seadanya.. jangan jua menyerahkan kesemua kasih sayang tersebut kepada hidupan bergelar manusia .. simpankan jua untuk dirimu sendiri.. agar dikau tidak berada dalam kekecewaan di kemudian hari.. kenapa?
kerana dia hanyalah manusia yang punya hati dan perasaan.. yang boleh berubah pada bila² masa sahaja.. dan engkau jua manusia yang akan terkilan sekiranya apa yang engkau perolehi tidak seperti yang engkau harapkan..
sahabatku..
Allah amat menyayangimu.. Allah amat menyayangimu.. walaupun dugaan ini datang bertimpa.. kutahu.. Dia amat menyayangimu.. sentiasalah ingat.. Allah will never close one door without opening another..
kata raihan..
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang dunia
Moga selamat di Akhirat sana
life is short but the art is long kan..
ikhlas daripada sahabat yg sentiasa mendoakanmu..
No comments:
Post a Comment