Thursday, January 03, 2008

!

"Manusai hidup dan mati serta mati dan hidup dengan satu sahaja tujuan iaitu untuk diuji tentang ahsan atau tidaknya amalan (aktiviti) kita."

(matan maksud Surah Al-Insaan : 2)

==============================================================

hari tu aku gi anjung putjaya.. terjumpa satu buku.. tajuknya.. INSAN, INGATLAH! Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang karya Nik Abdul Aziz Nik Mat.. ringan tanganku merembat dan membayar seraya membawa pulang buku tersebut..


sehelai demi sehelai aku baca.. dan aku baru je khatam buku tu.. mmg mengasyikkan.. serasa seperti aku sedang berada di hadapan beliau.. dan terkadang serasa seperti aku sedang berguru dgn ayah.. yg kini telah pun kembali ke rahmatullah.. cara penyampaian buku tu seakan percakapan anak murid dgn guru.. dan sepertimana satu ketika dulu aku pernah duduk di sebelah ayah dan bertanya itu ini..

sesungguhnya aku kagum dgn ilmu yg ada pd beliau.. ingin sekali aku bertemu dengannya.. dan menuntut ilmu darinya.. sesungguhnya rahmat Allah masih ada pd hambaNya walaupun byk kemungkaran di muka bumi ini hanya kerana masih ada alim ulama' yg hidup di muka bumi ini..

tak rugi sesiapa yg memilikinya.. malah aku rasa buku tersebut patut dimiliki oleh sesiapa sahaja yg merasakan dirinya berpijak di bumi Allah.. dan berbumbungkan langit Allah.. nak aku ceritakan di sini isi kandungannya.. tp penyampaian aku pasti tak sesempurna penyampaian beliau.. milikilah jika ingin mengetahui dgn lebih lanjut akan hakikat insan di muka bumi hanya sementara ini..


No comments: