"Dan di antara tanda² kekuasaanNya, engkau melihat bumi kosong sepi (dlm keadaan kering & tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya dan suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk² yg tlh mati; sesungguhnya Dia Amat Berkuasa atas tiap² sst."
(Fusilat : 39)
==============================================================
anak ayam yg kehilangan ibu akan blajar hidup sendiri.. cari makan sendiri.. cuba berbuat sesuatu sendiri.. tak pasti tindakannya betul atau tidak.. kakak/abang anak ayam yg ada pun tak berupaya memberi guidance kpd anak ayam tersebut kerana semuanya masih kecil.. semuanya memerlukan tunjuk ajar drpd ibu mereka.. maka masing² membawa diri masing².. tak pasti tindakannya yg dilakukan itu betol atau salah..
mcm tu jugak situasi anak yg kehilangan ibu/bapa.. tiada guidance.. cuba mencari identiti sendiri.. jiwa yg ketandusan kasih sayang akan mencari kasih sayang drpd insan yg memberi kasih sayang.. jiwa yg mentah itu jua bertindak tanpa mempedulikan nasihat drpd insan yg lebih lama memakan garam.. tindak tanduknya lebih mengutamakan logik akal.. bernasib baik jika ibu/bapa sempat membajai jiwanya dgn Islam..
melentur buluh biarlah dari rebung.. kelak dewasa tiada apa lagi yg boleh dilentur..
hidup mesti diteruskan.. doa yg tak putus² perlu dipanjatkan moga² buluh tersebut lembut dgn izin Allah.. inilah dinamakan cabaran hidup.. sebelum menyalahkan org lain.. cermin diri sendiri dulu.. kesilapan tidak akan berlaku di sebelah pihak sahaja..
yang baik itu dtg drpd Allah.. yg tidak baik itu drpd diri saya sendiri..
No comments:
Post a Comment