Wednesday, April 04, 2007

sujud syukur

"Wahai orang² yang beriman, (untuk bersyukur pada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya."

(Al-Ahzab : 41)

==============================================================

isnin lps aku pegi buat checkup kat hospital ampang..


cam biasa.. dah dpt nombor kena gi amik darah.. kali ni susah tol nak amik darah aku.. cucuk tangan kanan.. cucuk tangan kiri haghemm tak kluar.. kak zu pun cam dah tak tau lagi nak buat cemana.. aku suggest tukar balik tangan kanan.. sbb tangan kiri aku by default mmg susah nak tubik darah.. finally.. boleh la jugak amik darah aku.. tp sikit sgt yg kluar.. siap kena pam lagi.. takut darah beku.. kata kak zu.. so tak dptla nak pam lama².. sikit jer la darah yg dpt amik..

"1046 bilik 37.." hah.. nombor aku pun dipanggil..

aku masuk bilik tu.. alhamdulillah.. aku dpt jumpa Dr chang.. aku mmg request nak jumpa dia.. dia ni bukan mo.. bukan specialist tp dah consultant.. dah ada title jusa! tp dgn title tu.. dia tetap baik.. tak berlagak.. aku mmg suka jumpa dia sbb dia ada skill buat patient comfort.. dia punya knowledge mmg superb.. maklumlah.. dah ada title jusa..

masuk je bilik dia.. terus dia tanya aku ada demam ke.. aku ngaku mmg last 2 days aku demam.. dia wonder sbb platlet darah aku very low.. 17! wow! mmg low tu.. probably result tu tak betul.. tertukar ngan org lain katanya..

cam biasa.. dia check seluruh tubuh aku.. mmg detail.. check kalau² ada lagi lymph nodes kat mana² bahagaian badan aku.. alhamdulillah.. sume ok.. result ct scan yg aku buat hari lps pun seems good.. alhamdulillah..

tp sbb result darah aku tu tak bape best.. so dia mintak aku follow dia.. amik darah again.. again?? hmm.. aku ikut jer.. dia doktor.. dia lbh tau.. so aku ke bilik dracula tu.. dia tunggu aku kat pintu.. repeat.. dia tunggu aku kat pintu..

kak zu datang lagi nak amik darah aku.. 2 kali cubaan tetap gagal.. ada tutor nurse datang.. pun gagal.. tanpa melengahkan masa.. Dr chang amik jarum.. 'let me do it.." katanya.. aku cam terkejut.. sbb dia bukanlah mo.. tp dia ketua jabatan.. pakar perunding kanan.. amik darah bukan keje dia tp dia sanggup buat kat aku!!!

alhamdulillah.. dia berjaya amik darah aku.. peh tu dia mintak aku tunggu kat bilik dia sbb dia sendiri nak antar sampel darah aku ke lab.. diulangi.. dia hantar sendiri ke lab!!!

aku dpt rasakan.. baik sungguh dia.. aku tak pernah lg jumpa doktor camtu.. alangkah bagusnya kalau dia tu mohamad chang.. berganda-ganda pahala menanti dia..

Maha Suci Allah.. urusan aku mmg dipermudahkan.. Allah tolong setiap perjalanan hidup aku.. malu aku pd Allah..

dah antar ke lab tu.. dia datang ke bilik.. masa tu aku ngan hubby aku tgh tunggu dia.. dia prescribe ubat kat aku.. bagi mc..

aku turun amik ubat.. peh tu dapat tau result darah aku ok.. alhamdulillah.. syukur aku pd Allah.. mak aku kata.. kena sujud syukur..

terlalu banyak nikmat dan pertolongan daripada Allah yg buat aku rasa hiba.. selangkah aku rapat padaMu.. seribu langkah Kau rapat padaku..

2 comments:

Anonymous said...

dgr ceramah ustaz kat radio semlm, ustaz pon kata utk non muslim ni takyah la kita doakan kekayaan dunia pd dia..tp kita doaka moga dia mendpt hidayah dr Allah. Moga Dr Chang pun dpt hidayah tu.Amin.

Baizah said...

Alhamdulillah nono...Yang baik itu dari Allah....