Monday, April 23, 2007

di manakah aku di sisiNya

"Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba²Nya, dan Dia juga menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.""

(Saba' : 39)

=============================================================

citer ni dah lama aku nak tulih.. tp asik tak sempat.. kekadang dah sempat lupa lak.. manusia.. cepat betol alpa..


bila treatment aku dah abis.. aku pernah jumpa ngan prof dato' dr haron din..

pagi seblom subuh kami bertolak ke bangi.. masyaAllah.. ramainya umat manusia yg tengah queue.. aku yg kluar kol 5 pun dah antara yg belakang jugak.. tak taulah yg kat depan tu datang kol bape.. ada yg tido dlm keta.. semata-mata nak jumpa prof dato'..

azan berkumandang.. memanggil umat Islam untuk mengadap Ilahi.. lps menunaikan fardhu yg dituntut.. hubby aku gi amik nombor.. alhamdulillah.. aku dpt nombor 56.. still boleh dirawat prof dato'..

air mineral yg dibawak sume dah letak atas meja.. tutup botol sume dibukak.. mmg byk botol.. sorang bawak mmg banyak.. dah siap letak nama..

sbb lambat lg nak sampai giliran aku.. aku gi breakfast dulu ngan my darling hubby.. makan dlm keta.. bekal pun dah bawak.. tp kalo tak bawak bekal pun ok.. ada jual breakfast..


dah abis makan tu.. kami ke darussyifa'..

sampai depan darussyifa'.. tiba² aku rasa sebak.. mmg sebak.. aku dengar alunan selawat drpd semua org.. aku yg kat blakang masa tu.. tak dpt masuk sbb org mmg ramai.. dari kejauhan aku nampak prof dato'.. alunan selawat ke atas junjungan yg mulia Nabi Muhammad saw makin asyik diperalunkan oleh sume org.. hatiku bertambah hiba.. dan aku sebak.. nak selawat pun dah bergetar-getar suara aku.. aku tahan airmata drpd menitis.. taknak ada org nampak aku nangis.. Ya Allah.. aku mmg sebak..

ya.. mmg aku sebak.. bukan sbb tak dpt berdiri di depan.. bukan sbb tak nampak prof dato' dgn tepat.. tp.. dlm keadaan semua org berselawat.. aku terbayang.. cemana keadaan di padang mahsyar nanti.. cemana aku nak mintak syafaat Rasulullah.. betapa nanti umat manusia akan mendapatkan Nabi Adam utk mendapatkan syafaat.. tp Nabi Adam tak dpt memberikan syafaat.. minta mencari Nabi Idris.. camtu jugak.. hingga beramai-ramai berpusu-pusu mendapatkan Rasulullah.. di tengah panas padang mahsyar.. aku takut.. ni baru atas dunia.. insan semulia prof dato' pun dah ramai org berkerumun.. apatah lagi kekasih Allah.. yg dijanjikan syurga.. insan maksum.. Allahuakbar.. di manakah aku pd masa tu.. dapatkah aku menatap wajah Rasulullah.. mahukah Rasulullah memandang wajah aku walaupun seketika? time aku taip ni pun dah bergenang airmata.. tak dpt nak tahan rasa sebak bila merasakan tiada nilai aku di sisiNya.. tingat kisah sebelum Rasulullah wafat.. ummati.. ummati.. ummati.. sayangnya Rasulullah pd umatnya.. Ya Allah.. aku rindukan Rasulullah.. sungguh aku rindu..

aku rindu nak lihat wajah Siti Khadijah.. insan kesayangan Rasulullah.. aku nak lihat wajah Saidina Abu Bakar.. Saidina Umar (singa Rasulullah).. Saidina Uthman.. Saidina Ali.. dan sahabat² Rasulullah.. aku rindu sume tu.. sungguh aku rindu..

Ya Allah.. mmg aku sebak.. cemana pulak aku nak mengadap Rabbul Jalil.. di manakah agaknya aku di sisi Allah.. terimakah amalan aku selama ini? diterimakah sembahyang aku selama ini? atau hanya dicampakkan balik ke mukaku di atas kelalaian aku? nauzubillah.. camana ngan dosa² aku yg byk? sudah terampunkah? Ya Allah.. sesungguhnya aku amat takutkan azabMu..

aku dah merasai kasih sayang Allah.. selangkah aku rapat padaNya.. seribu langkah Allah rapat padaku.. aku rindukan Allah.. tp aku takut dan malu untuk mengadap Allah Maha Pencipta.. mahukah Allah memandang aku yg sering melakuakan dosa ni?

macam mana Allah kasihkan aku.. Allah permudahkan jalan aku.. Allah kurniakan aku suami yg penyayang.. yg sentiasa support aku.. yang sanggup buat apa sahaja utk aku.. Allah bagi hidayah pd aku.. aku amat² bersyukur.. moga aku tergolong di kalangan insan yg berjaya memperoleh syurga.. itu saja yg aku idamkan..

dah takleh nak tulih lagi.. sebak betul rasanya..

1 comment:

Baizah said...

Ya Allah.. betapa kerdilnya kita di sisiNya...