"Dan berkatalah pula syaitan stlh selesai perkara itu (yakni stlh selesai masing² dihisab & menerima balasan) : "Sesungguhnya Allah tlh menjanjikan kamu dgn janji yg benar (yakni Allah berjanji melalui Rasul²Nya akan menyelamatkan org² yg beriman & taat), & aku tlh menjanjikan kamu lalu aku memungkiri janjiku itu kpd kamu, & tiadalah bagiku sebrg alasan & kuasa mempengaruhi kamu selain drpd aku tlh mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka jgnlah kamu mempersalahkan daku & persalahkanlah diri kamu sendiri. Aku tdklah dpt menyelamatkan kamu & kamu jg tdklah dpt menyelamatkan daku. Sesungguhnya dr dahulu lg aku tlh kufur ingkarkan (perintah tuhan) yg kamu mempersekutukan daku dgnNya." Sesungguhnya org² yg zalim (yg meletakkan sst bukan pd tmptnya) beroleh azab yg tdk terperi sakitnya."
(Ibrahim : 22)
=============================================================
hari lepas mak poskan ubi kayu.. poslaju..
hari lepas jugak mak poskan water filter.. siap ngan spare skali..
hari lepas jugak mak poskan serunding daging.. serunding ayam.. serunding ikan..
hari lepas jugak mak poskan keropok keping.. bepang.. kerepek sagu..
hari lepas jugak mak poskan roti canai segera.. roti bom segera.. char kuey segera..
hari lepas jugak mak poskan roti paun feveret aku.. mak letak skali 3 sikat pisang yg tanam kat rumah... aku mmg suka apa saje makanan yg berunsurkan pisang..
hari lepas mak poskan biji barli.. kembang semangkuk (aku sakit tekak).. asam keping.. biji sagu (aku sgt suka sagu ngan santan tuh).. rempah kari.. rempah kurma.. ikan bilis kecik (mak kata kat sana murah).. poslaju jugak..
hari lepas jugak mak suruh yi amik plane hantarkan nasi dagang untuk aku.. semata-mata datang naik plane nak hantar nasi dagang untuk aku (return ticket RM500++).. oh.. very touching.. bukan takde nasi dagang kat sini.. tp aku pernah tercakap depan mak.. "bestnya kalo boleh balik sana.. leh makan nasi dagang".. itu yg aku bising.. patutnya aku kata "bestnya kalo boleh balik sana.. leh jumpa mak".. apa punya anak aku ni..
hari lepas mak poskan aku macam².. tak tersenarai kat sini.. bukannya makanan tu takde kat sini.. tp mak buat sume tu.. sebab mak sangat² sayangkan aku..
mak tak henti² belikan dragon fruit.. kupaskan utk aku.. mak kata.. dia ada baca paper.. dragon fruit boleh ubat kanser..
mak takut betol kalau² makanan yg aku makan tu bahaya utk kesihatan aku.. mak pastikan aku makan makanan yg bukan bermalam.. takleh ada pengawet.. takleh ada belacan.. takleh mentah.. sume kena well cooked.. takleh yg diperam..
touching.. bila mak poskan makanan cam pisang.. ubi kayu.. roti.. mak tau aku suka.. walaupun tu makanan dan jangka hayatnya tak lama.. mak poskan jugak guna poslaju.. seboleh mungkin mak nak aku rasa.. mak nak aku makan apa yg dia makan kat sana.. pantang aku sebut aku nak makan.. mak mesti poskan kat aku.. kalolah laksa tu boleh pos.. dah pasti laksa terengganu tu dah sampai ke rumah aku..
org lain bagi duit kat mak.. aku bagi jugak tiap² bulan.. tp dlm masa yg sama.. mak pun bagi duit kat aku.. aku balik terengganu.. mak bagi duit.. mak datang sini.. pun mak bagi duit.. dari aku kecik.. sampailah aku dah ada anak 2.. mak tetap bagi duit kat aku.. mak bukanlah banyak sangat duit.. yet still bagi pocket money kat aku.. pelik ke? ntahlah.. tp itulah mak aku..
aku.. boleh ke layan mak cemana mak layan aku? mak yang sakit tp tak henti sembahyang hajat utk aku.. boleh ke aku buat camtu? ah.. mulia sungguh hati mak.. tak mengharapkan apa².. asalkan anaknya sihat dan berbahagia dunia & akhirat..
esok aku nak balik terengganu.. jumpa mak.. mak yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari.. mak yang melahirkan aku.. mak yang menyusukan aku.. mak yang membelai aku.. mak yang memanjakan aku.. i luv u so much mak!!
7 comments:
Sebak rasanya membaca kisah pengorbanan seorang ibu pada anaknya..
hari khamis dan jumaat minggu depan fizah gi kemaman dan terengganu...ade masa blh jumpa disana...
insyaAllah.. take care ye fizah!
nono..mmg kasih ibu tiada bandingannya....
ya betoll baizah..
Hebatnya pengorbanan ibu nih.. jaga diri bebaik ya..
~naza~
nk tanya, bleh tak awak tanyakan mak awak camna nk buat resipi kerepek sagu dan kuih sarang burung? bleh tak? mintak tlg sangat2 ni..
tq ya
klu dpt emailkan kt saya lg bagus..kiroro1001@gmail.com.my
tq ya.
Post a Comment