Thursday, December 21, 2006

PET CT scan

"Dan org² yg kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan kpd Muhammad satu mukjizat dr tuhanmu?" Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sesungguhnya Allah mengutuskan sesiapa yg dikehendaki (menurut undang peraturan), dan memberi petunjuk ke jln agamaNya, sesiapa yg ruju' kpdNya, -

(iaitu) org² yg beriman & tenang tenteram hati mrk dgn zikir Allah". Ketahuilah! Dgn zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."

(Ar-Ra'd : 27-28)

============================================================

actually semalam lg aku nak on pc.. nak citer serba sedikit apa yg kulalui lps jumpa doktor kat hosp ampang.. tp semlm aku rasa nak rest.. after finishing 12x chemotherapy (6 cycles) & 20x radiotherapy.. jumpa ngan doktor..

perasaan aku? lega.. syukur.. sbb aku berjaya lalui sume tu.. walaupun tak tau lagi ending cemana.. tp at least.. the worst part aku dah lalui..

kalau ditanya.. chemotherapy cukup.. cukup.. dan cukup menyiksa fizikal dan mental aku.. Allah sajer yg tau cemana tersiksanya zahir & batin aku.. camtu jugak dgn radiotherapy.. cuma bezanya.. radiotherapy takde drip ubat.. yg mana membuatkan veins aku berparut-parut..

psl nak drip ubat.. tak pernah lg aku citer kat mana² entry.. huh.. cukup meninggalkan kesan yg mendalam buat aku.. terlalu sukar kalau nak drip (antara part yg aku sentiasa membacakan Ayat Kursi).. mana taknya.. dah terlampau banyak veins aku dicucuk (cam gaya drug addict pun ader.. har.. har.. har..) so evrytime nak cucuk yg baru.. kekadang bengkak sbb veins aku dah takleh accept.. scary beb.. sakit tu toksah cakap.. dlm hati aku cuma berkata.. Ya Allah.. permudahkanlah segalanya.. semua ni adalah milikMu.. tu saja pengubat jiwa aku.. hubby aku tak lepas memandang aku.. dia tau betapa siksanya aku nak melalui sume tu.. tinggal lagi.. dia tak merasa keperitan dan kesakitan yg aku rasai..

bila buat radiotherapy.. ketakutan tu tak sama cam buat chemotherapy.. takde drip.. cuma side effect dia yg menakutkan aku (chemotherapy punyer side effect pun menakutkan aku).. tp telah disuratkan di Luh Mahfuz perjalanan hidup aku gini.. aku redha..

now.. sume tu dah berlalu.. semlm aku pegi hospital ampang.. pagi seblom kluar rumah lg aku doa pd Allah.. moga aku dpt jumpa dgn Dr Chang.. doktor yg lebih tinggi drpd specialist.. yg bertitlekan consultant.. dan dahpun bergelar jusa.. bukan sbb gelaran yg aku kejarkan.. tp dia mmg seorang doktor yg bagus.. explaination dia bagus.. dia treat patient pun bagus.. sume bagus.. aku adore cara dia treat patient..

sesungguhnya Allah tu Maha Kaya.. Maha Pengasih dan Penyayang.. Allah mempertemukan aku dgn Dr Chang.. Ya Allah.. aku betol² rasa malu dgn Allah.. rasa hina.. rasa kerdil.. Allah pasti menolongku.. pasti.. Allah takkan meninggalkan aku terkapai-kapai dlm meneruskan hidup ini.. ah.. sebak rasanya.. walaupun aku byk dosa padaNya.. sentiasa diberi kemudahan padaku.. syukur pd Allah..

cam biasa.. Dr Chang explain completely.. aku kena buat PET (positron emission tomography) ct (computer tomography) scan.. aku dah buat 4 kali ct scan.. tp blom pernah lagi buat PET ct scan.. beza dia cuma aku akan diinjek dgn glukos selain drip aku dgn ubat utk bg contrast.. drip lagi.. uh.. kekadang aku rasa banyak no ubat yg masuk dlm badan aku nih.. cam bahan eksperimen pun ader! ;-))

sbb aku baru jer abis radiotherapy.. so tak dpt buat PET ct scan dlm masa terdekat.. sbb organ dlman aku still imflamation.. kalo pun buat PET ct scan.. organ yg imflame tu akan absorb glukos.. so result nak tgk either benign (bukan kanser) or malignant (kanser) cells tu akan jadi tak accurate.. makanya aku kena tunggu dlm 2 months utk buat PET ct scan which only located at hosp putrajaya..

lagi satu.. kata Dr Chang.. aku kena exercise.. supaya jantung n paru² aku dpt kembali berfungsi dgn normal.. bukan senaman berat.. just take a walk jer katanya..

apa yg perlu aku buat sekarang.. byk² doa pd Allah.. dan buat extra amal ibadah.. mohon pd Allah.. moga dibebaskan aku drpd kanser.. moga tak relapse lagi kat aku..

harapan aku cuma satu.. moga Allah memberi peluang pd aku utk menjalani kehidupan yg sementara ini dgn lebih baik bersama suami dan anak²ku.. tiada lg perkataan kanser dlm diari hidup aku.. moga Allah memberi peluang kpdku menjaga dan mendidik anak² aku.. dpt lihat mereka membesar dan menjadi insan yg berilmu & beramal soleh.. hanya itu harapan aku.. hanya itu..

antara hikmahnya yg aku dpt drpd sakit yg diberikan padaku..
1-sentiasa dekatkan diri pd Allah tak kira apa jua keadaan aku (susah/senang)
2-sentiasa bertaubat diatas apa saja yg aku lakukan (sedangkan Rasulullah yg maksum pun bertaubat pd Allah.. inikan pulak aku hamba Allah yg teramat jauh amalan dgn kekasih Allah)
3-sentiasa menjaga dan melayan hubby aku sebaik mungkin (syurga aku di bawah tapak kaki suami.. ada dosa nanti.. tak cium bau syurga.. nauzubillah..)
4-sentiasa memohon kemaafan drpd mak aku.. mana tau kalau² mak aku ada kecik ati ngan aku.. tak sempat lak aku nak mintak maaf ngan dia.. syurga di mana..
5-hargailah kehidupan yg singkat ini
6-sentiasa berbuat baik dgn sume org (cuba seboleh mungkin jgn menyakiti hati mana² pihak)
7-ignore jer kalau ada org menyakitkan hati aku (sbb dia jahil.. kalau dia berilmu dia takkan buat cenggitu)
8-sentiasa husnuzon
9-ambik iktibar setiap apa yg berlaku di dapan mata aku (yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan)
10-sentiasa mempermudahkan hidup aku (take things easy.. don't take it too hard sbb sume tu dah tersurat di Luh Mahfuz) dan dlm masa yg mudahkan hidup orang lain

moga hati ini lbh baik drpd hari semalam.. dan hari esok lbh baik drpd hari ini..

10 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, nono dah habis lalu chemo dan radiotherapy.. Ct scan tu sama tak dgn CAT scan aaa? dulu pernah buat cat scan/ct scan sekali masa kena infections dulu.

U hang in there ok.. jaga diri baik2.. moga2 nono dilindungi Allah selalu..

-naza-

cahaya petunjuk said...

naza,
terima kasih..

cat=computerized axial tomography
is more commonly known by its abbreviated name, CAT scan or CT scan

naza pun take care ye!

hafizah hamid said...

Alhamdulillah, akhirnya selesai radiotherapy session..apa2 pun semoga Allah permudahkan urusan nono selepas ini..

baca pengalaman nono, mmg byk memberi keinsafan pada fizah..semuanya fizah jadikan iktibar utk betulkan mana2 yg tak betul dalam diri fizah...

jaga diri..insyaallah semuanya akan OK...

Anonymous said...

nono,

dah lama & mmg selalu aku dtg sini tapi baru ni terasa nak tggl msg kat sini. you hang in there ye nono. byk2 sabar.

salam,
azean

cahaya petunjuk said...

fizah,
terima kasih fizah.. always take a good care of yourself ya fizah!

yan,
terima kasih.. yan pun sama.. jaga diri baik² di tempat orang..

Anonymous said...

nono,

ni satu lagi nak kasik tau, aku download nasyid tafakur ni dari nono ni. thanks ye :)

azean

cahaya petunjuk said...

my pleasure yan! take care ya!

Anonymous said...

Alhamdulillah nono berjaya melalui semua ni...
Pengalaman nono byk memberi iktibar dan pengajaran pada along...Syukur Allah masih memberi kesempatan untuk kita.Pengalaman nono banyak memberi kekuatan pada along untuk melalui ujian ini..Thanks nono..
InsyaAllah nono akan sentiasa dilindungi dan diberi ketabahan olehNya..
Take care....

Anonymous said...

Alhamdulillah nono berjaya melalui semua ni...
Pengalaman nono byk memberi iktibar dan pengajaran pada along...Syukur Allah masih memberi kesempatan untuk kita.Pengalaman nono banyak memberi kekuatan pada along untuk melalui ujian ini..Thanks nono..
InsyaAllah nono akan sentiasa dilindungi dan diberi ketabahan olehNya..
Take care....
-Along-

cahaya petunjuk said...

along,
alhamdulillah.. worst part dah dilalui.. sume adalah milikNya.. byk² bersyukur pd Allah..

along pun take care sama ye!