"Allahumma, sihatkanlah badanku, Allahumma, sihatkanlah pendengaranku, Allahumma, sihatkanlah penglihatanku."
============================================================
aku menyeru kpd diriku sendiri.. dan jugak pd sahabat² yg baca entry aku ni.. sayangilah ibubapa kalian sepenuh hati.. masa yang ada ini tunjukkanlah kasih sayang tersebut.. kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. kasih sayang begitu abstrak.. sementara ibubapa kita masih bernyawa.. lakukanlah yang terbaik.. jangan kita menyesal di kemudian hari.. ciumlah tangan mereka.. ciumlah pipi mereka.. peluklah mereka.. dakaplah mereka.. rasailah kehangatan kasih sayang seorang ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan.. ibu yang telah bersabung nyawa melahirkan kita.. hargailah pengorbanan mereka yang sememangnya tak terbalas oleh kita.. sentiasalah memohon maaf drpd mereka atas apa jua kesalahan yang pernah kita lakukan samada secara sedar atau tidak kerana.. kita tak tau bila roh kita akan dicabut.. kita jua tidak mengetahui bila ibubapa yang kita kasihi akan meninggalkan kita.. bimbang nanti lafaz maaf daripada seorang anak tak sempat diucapkan kepada ibubapa yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.. jika ibu atau bapa kalian telah tiada lagi di dunia ini.. sentiasalah mendoakan kesejahteraannya.. dia SENTIASA menunggu doa anak²nya yang masih hidup di dunia ini.. sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.. tanpa mereka kita jua tiada di muka bumi ini..
ya Allah.. aku sgt bersyukur dikuniakan ayah dan mak sptmana yg Engkau kurniakan padaku.. krn mrk lah aku jd spt aku skarang.. Engkau ampunilah dosa kedua-dua ibubapaku.. bahagiakanlah ibuku.. lapangkanlah kubur ayahku.. rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik aku sedari kecil..
pemergian ayah banyak mengajar aku.. pemergian ayah menjadkan aku lebih tabah.. lebih cekal dlm menghadapi ujian dan dugaan hidup ini.. aku sukar menitiskan airmata bila ada yg bercerita tentang kehilangan seseorang insan yg disayangi.. bukan bermakna aku tiada rasa empathy.. tp mungkin sbb aku jua pernah mengalaminya satu ketika dulu.. ketika alam persekolahan.. ketika adik beradikku kesemuanya masih belajar.. betul² survivor.. walaupun ada saudara mara.. ttp seakan tiada.. dan kami adik-beradik pun tak mintak bantuan drpd mereka.. pesan ayah masih terpahat di hati kami.. "usaha sendiri.. jgn susah hati.. kalau niat kita baik.. Allah pasti bersama kita.." ya.. ALLAH PASTI BERSAMA HAMBANYA JIKA HAMBANYA SENTIASA MENGINGATINYA..
buat sahabat² aku yg sedang membaca entry aku nih.. ingatlah.. hidup ini hanya sementara.. tiada yg kekal abadi.. aku menyeru kpd diriku sendiri dan kalian semua.. walau apa saja musibah yg berlaku kpd kita.. jgnla bersedih dan hanya menangisi akan musibah tersebut.. tangisan takkan menolong menghilangkan musibah.. bangun.. bangun dan berusahalah utk kluar drpd musibah tersebut.. apa yg berlaku pd kita tu mungkin kaffarah diatas dosa kita selama ini.. atau mungkin sbg ujian kpd kita utk meningkatkan lg darjah kita di sisi Allah..
sujud.. bersyukurlah pd Allah.. sbb Allah masih sayangkan kita.. walaupun ujian/dugaan itu pahit utk ditelan.. Dia nak kita insaf & sedar bahawa kita ni hanya insan yg lemah.. dan kita perlukanNya setiap masa.. Dia kasihkan kita.. Dia berikan pahala pd kita dgn demikian cara.. syukur pd Allah.. Allah Maha Penyayang.. Dia sekali-kali takkan menyiksa hambaNya.. dugaan & ujian yg diberikan kpd kita sememangnya sepadan dgn iman yg ada pd diri kita.. bykkan bersabar.. kuatkan semangat.. tabahkan & cekalkan hati.. dan yg penting.. INGAT ALLAH SENTIASA.. always believe.. Allah will never close one door without opening another.. so cheer up.. there is always sunshine over the rainbow.. life has to go on.. pray and do the best.. else leave to Allah.. He knows better.. we belong to Him..
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Al-Baqarah: 216)
bagi sahabat² aku yang masih sihat.. ingatlah.. nikmat yang Allah berikan itu sekelip mata boleh ditarik balik.. janganlah leka dan lalai dengan kehidupan yang sementara ini.. ’Maha Suci Allah, apabila Dia menginginkan sesuatu, cukuplah dia mengatakan jadilah maka terjadilah ia..’
semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam.. dan hari esok lebih baik daripada hari ini.. ‘beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam.. rugilah orang yang sama hari ini dengan semalam.. dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam..’ life is short.. kita dilahirkan dengan azan dan iqamah.. mati pula disembahyangkan.. just imagine.. hidup kita hanyalah antara iqamah dan sembahyang.. singkat kan?
yang baik itu daripada Allah dan yang tidak baik itu daripada diri saya sendiri.. semoga kita sama² bersedia untuk menemuiNya bila² masa kerana maut tidak mengenal usia.. Allah Maha Kuasa.. sekelip mata sahaja kita boleh kehilangan nikmat di dunia ini.. ingatlah 5 sebelum 5..
kaya sebelum miskin
muda sebelum tua
lapang sebelum sempit
sihat sebelum sakit
hidup sebelum mati..
sekali lagi aku menyeru.. janganlah ditinggalkan Al-Qur’an.. mengajilah setiap hari walaupun sepotong ayat.. itu saja yang akan menolong kita di dalam kubur kelak.. itulah penenang hati dan pengubat jiwa kita.. perbanyakkanlah mengamal solah² sunat (qabliyah, ba’diyah, wudhu’, dhuha, hajat, tahajjud, taubat).. amalkanlah berpuasa sunat (setiap isnin dan khamis pun dah ok) sementara masih mampu dan masih sihat.. supaya Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat.. untuk menolong kita apabila mengadap Allah Yang Maha Esa kelak..
dalam hati aku ni terlalu rindu untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.. tapi mungkin belum ada rezeki.. jadi aku menyeru kepada kalian semua.. jika telah berkemampuan.. tunaikanlah Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji sementara masih muda dan masih sihat.. dan seterusnya bertawakallah dan berserah kepada Allah bulat²..
sementara diberi kudrat.. berbaktilah kepada ibu bapa dan suami (bagi yang dah bersuami) sementara hayat masih ada.. didiklah anak² dengan bekalan yang cukup untuk menghadapi dunia yang kekal iaitu dunia akhirat.. agar kita dpt menikmati kebahagiaan yang hakiki iaitu mati dalam husnu al-Khatimah dan diakhiri dengan kalimah tauhid..
dari Allah kita datang.. kepada Allah jua kita kembali.. Allahuakbar!
end of season 2
No comments:
Post a Comment