============================================================
ayah bertungkus lumus mencari rezeki halal supaya anak² senang.. tidak merasai keperitan hidup sepertimana yg telah ayah lalui.. mmg ayah berasal dari org susah.. ayah byk kali berpesan.. "ingat mana asal kita.. kita bukan org senang.."

ayah aku pernah menoreh getah.. menyorok di sebalik pokok pabila bertembung dengan harimau
ayah aku pernah mengerjakan sawah padi
ayah aku pernah mengambil upah menggali telaga dan membuat parit
ayah aku pernah mengambil upah mengupas kelapa
ayah aku pernah menjadi penarik beca
ayah aku belajar di sekolah pondok.. merantau sampai ke siam
ayah aku pernah keluarkan surah Yasin untuk dijual bagi menyambung pelajarannya
ayah aku akan ke sungai untuk menangkap ikan dan mencari daun² kayu/ulam utk hidangan sehariannya.. kekadang bila ke sungai bertembung ngan buaya
ayah aku hanya berlaukkan air garam sbg hidangan sehariannya
ayah aku hanya memakan sebelah bahagian ikan.. dan sebelah lagi disimpan utk hidangan esok hari
kata ayah.. dia sanggup lakukan apa saja asalkan halal demi mencari sesuap nasi dan duit untuk menyambung pengajiannya.. semangat ayah mmg kental.. dan ayah mmg seorang yg berani.. drpd miskin.. kata ayah.. bukan saja miskin tp papa kedana.. susah.. tak berduit.. tak mengenal selipar satu ketika dulu.. tp ayah tekun belajar agama.. ayah belajar pondok.. ayah pernah ke thailand.. jadi guru agama kat sana.. (ayah disanjung hinggakan tak bagi balik ke malaysia dan dicarikan jodoh.. tp ayah cepat² lari balik ke malaysia)
dgn ilmu dan keberanian (ayah aku mmg berani.. berani yg luarbiasa) serta kepercayaan bahawa Allah pasti menolong hambaNya.. ayah berjaya melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Deoband, India.. walaupun dalam keadaan kesempitan wang.. kesempitan hidup.. tapi ayah berjaya menamatkan pengajian di kedua-dua universiti tersebut dgn cemerlang.. dan ayahku merupakan pelajar terbaik Universiti Deoband pada tahun 1964 (tn guru hj nik aziz nik mat juga merupakan pelajar terbaik kat universiti deoband tp aku tak ingat thn bila.. ayah pernah bagitau.. aku yg lupa..)
itulah sebenarnya pembakar semangat aku hingga sekarang.. (nanti aku nak tulih autobiografi ayah aku pulak.. ayah ada bukukan perjalanan hidupnya.. buku yg pastinya membuatkan airmataku bercucuran mengenangkan betapa sukar hidupnya dulu.. lbh sukar drpd rancangan Bersamamu.. ayah nak sambung lagi tp tak sempat.. Allah lebih menyayanginya)
dan..
ayah aku merupakan seorang guru agama..
ayah aku merupakan seorang businessman..
ayah aku merupakan seorang kontraktor..
ayah aku merupakan seorang ahli politik..
tp manusia ni tak sama.. ada sesetengah manusia terlalu materialistic.. disebabkan ayah berasal drpd org susah.. tak berduit.. hanya bertitlekan 'ustaz' katanya.. bukannya dato'.. tan sri mahupun tun.. bermcm hinaan dilemparkan pd ayah.. terkejut.. sedih.. benci.. marah.. bercampur baur dlm diriku tatkala kutahu sebegitu dahsyat hinaan yg dilemparkan & perlakuan mereka pd ayah.. yg secara logiknya blh aku declare putus saudara.. ya.. putus saudara..
ikutkan dendam aku.. mmg aku takkan maafkan mereka seumur hidup.. dtgla cari aku di akhirat nanti.. takkan aku maafkan org yg sengal.. bodoh sombong tu.. tp kata ayah.. kalau kita bergaduh ngan org bodoh.. kita pun sama bodoh.. fikir² balik.. mmg betol kata ayah.. sedangkan nabi mengampunkan umat.. inikan pulak aku hamba Allah yg hina dina ni.. sapelah aku nak mendendam org sebegitu rupa.. sapelah aku yg layak menghukum sesama mausia..
ayah tak pernah menceritakan sume tu pd anak²nya.. tak pernah.. disimpan di dalam hati hingga saat kematiannya..
dari mana kutahu? ah.. biarlah rahsia.. manusia semuanya sama.. keikhlasan dan kejujuran mmg sukar dicari..
hanya nampak RM di mata mereka.. ah.. terlalu kebendaan.. aku takkan lupa sume tu hingga ke hujung nyawa.. tp jgn sesekali lupa.. Allah itu Maha Adil.. apa yg berlaku aku jadikan iktibar.. Allah dah tunjuk mcm² tp masih ada di kalangan mrk yg tak paham.. takpe.. moga diberi hidayah satu hari nanti..
itulah namanya sebuah kehidupan.. kehidupan yg tak pernah sunyi drpd ujian dan dugaan drpd Allah.. tinggal lagi kita sbg hamba Allah perlu teruskan hidup.. perlu kuatkan semangat untuk menghadapi apa sahaja rintangan.. dan yg penting berserah kpd Allah bulat² setelah kita berusaha keras..
aku redha dengan semua ketentuan Ilahi.. aku redha dgn pemergian ayah.. cuma satu harapanku.. moga kami sekeluarga dpt ketemu di syurga kelak.. hanya itu yg kuimpikan..
setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.. dan aku telahpun menyedari akan hikmah itu.. tp sebagai manusia kekadang perasaan sedih tetap datang.. iman sememangnya turun naik.. kekadang rasa forlorn datang jua.. tp kutanamkan di dlm jiwa dan sanubari.. sume manusia ni takkan kekal di alam maya.. sume akan kembali kepadaNya.. Maha Pencipta.. kita yg hidup ni perlu bersedia utk menemuiNya.. bukannya meratapi yg dah pergi..
kehilangan ayah membuatkan hatiku lebih kental.. ya.. sukar utk aku menitiskan airmata kalaupun aku mmg berada dlm keadaan sedih atau kecewa.. pd Allah kuluahkan segalanya.. kusedar.. kuasa Allah mengatasi segalanya.. manusia tak berupaya berbuat apa²pun melainkan dgn izinNya.. dan itu jualah yg membuatkan semangatku kuat berperang dgn kanser yg kuhidapi sekarang.. aku redha menerima musibah yg menimpaku ini.. hatiku lbh cekal dan tabah.. dan aku redha untuk menerima sebarang kemungkinan..
bagi rakan² yg membaca entry aku kali ini.. dekatkanlah diri kalian pd Allah Maha Pencipta.. andaikata ada di antara kalian yg dilanda musibah.. tak kira samada kehilangan org tersayang atau apa saja.. juga pesanku.. dekatkanlah diri kalian pd Allah.. hanya mendekatkan diri pd Allah diri kalian menjadi tenang.. bersabarlah.. percayalah.. kesedihan dan kegundahan tu pasti berlalu.. jgn risau.. jgn tension.. jgn stress.. setiap kesusahan pasti ada disertai kesenangan.. kita yg hidup ni perlu teruskan hidup.. dan bersedia utk menunggu giliran kita pula ke sana..
to be continued.....
No comments:
Post a Comment