"Org² "a'rob" berkata : "Kami telah beriman." Katakanlah (wahai Muhammad) : "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk dalam hati kamu berkatalah sahaja : "Kami telah Islam" & (ingatlah) jika kamu taat kpd Allah & RasulNya (zahir & batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dr pahala amal² kamu, krn sesungguhnya Allah Amat Pengampun, Lagi Amat Mengasihani."
(Al-Hujrat : 14)
==============================================================
hari ni besday mi.. selamat hari jadi buat kakak yg amat² kusayangi (wpun aku guarantee dia tak baca wish aku ni sbb dia tak tau pun kewujudan blog aku).. moga sentiasa dlm lindungan Allah.. dimurahkan rezeki.. dan berbahagia di dunia & akhirat.. itulah doa yg sering tak putus drpd adikmu ini.. amin..
mi.. kakak aku yg bilamana aku sembang dgnnya pasti disertai dgn gelak ketawa.. tulah rakan permainan aku sedari kecik.. sampai skarang aku dah ada anak pun.. gelak ketawa guling² tu pasti ada bila sembang ngan dia.. kalau balik trg.. aku pasti luangkan masa utk sembang.. bersenda gurau ngan dia.. kekadang sampai pagi aku sembang ngan dia.. esoknya pening kepala sbb tak tidur.. har.. har.. har..
hari tu aku balik.. mi bagi aku 2 keping kertas kaler kuning yg saiznya 14cm x 10cm.. masa bagi tu menitik airmata dia sbb dah gelak sakan.. nak bagitau aku apa isi kertas tu pun tak mampu.. punya lawak.. aku pun baca.. dua² kertas tu tertulis handwriting aku..
1st kertas tertulis..
"Mi, ada sebuah kumpulan penjahat yang dikenali sebagai Alleheadsearleft. Mengikut ramalan komputer ketuanya bernama Na'amy. Dia menganggap dirinya sebagai lanun. Dia telah membakar rumah-rumah orang kampung di Johor Bahru, JOHOR. Orang kampung meminta bantuan dari kita.
------------------------------------
HARAP DAPAT MEMBANTUNYA
------------------------------------"
2nd kertas tertulis..
"Mi, mulai sekarang kita patut mengawasi tingkah laku seseorang itu kerana mengikut catatan yang tercatit di komputer ini, ada seorang lelaki cina menyamar dirinya sebagai polis, doktor, jururawat dan lain-lain. Tapi sebenarnya dia adalah seorang pencuri. Beginilah mukanya." (ada lukisan kat bawah kertas tu siap ada arrow tunjuk tahi lalat lagi..)
hahahahahahhhhhh..... aku pun tak tahan baca note tu.. dasat gak imiginasi aku time tuh.. no wonder la aku ada byk cita².. aku pun dah tak ingat ntah apa la yg aku main ngan mi sampai investigate camtu skali.. aku tak tau cemana aku blh create nama kumpulan penjahat (har.. har.. har..) aku tak tau cemana blh sampai ke johor.. siap ada catatan komputer tu.. yg paling aku tak tahan.. lukisan org jahat tuh! muahahahahahahhhhhhh!!!! dan dua² note tu aku still simpan.. dan akan tetap aku simpan hingga ke akhir hayatku.. kenangan yg dah menjadi sejarah.. sejarah yg takkan berulang kembali..
kakak aku tu mmg sgt mulia hatinya.. walaupun dia garang.. tak manja.. tp dia very soft hearted.. masa kecik dulu.. aku yg selalu diberi jolokan handbag mak no 2.. kak long aku panggil aku 'ekor yg setia'.. sbb keje mmg pegang baju mak dan follow mana saja mak pegi (teruk gak aku ni kan? hiks!) walaupun aku cenggitu.. tp aku tak se soft hearted kakak aku.. kakak aku tu tak suka bercerita psl org.. jauh skali menganyam ketupat.. sentiasa husnuzon..
kakak aku tu very independent.. aku mmg impressed ngan dia..
kakak aku tu la yg sentiasa tolong aku ketika aku 'sesak'.. aku tak segan nak mintak ngan dia compared to adik beradik aku yg lain (heheheh.. tp tu dulu jer.. skarang dah blh survive sendiri) walaupun dia sendiri pun kekadang sesak.. tp dia willing bg kat aku.. bila aku nak byr balik.. jawapan dia mudah jer.. 'kita adik beradik.. tak ada hutang antara kita" mulia sungguh hati kakak aku.. aku pun tak tau dah brp K aku owe dia.. tp dia relek jer.. mmg takkan amik kalau aku bagi (tulah antara yg aku respect ngan adik beradik aku.. hasil didikan ayah & mak yg sering mengatakan adik beradik tiada tukar ganti.. jgn berkira ngan adik beradik)
kalo nak hitung pemberian dia pd aku mmg tak terhitung.. kebaikan yg dia taburkan mmg tak ternilai.. ah.. mmg banyak.. tetiba je aku rasa syahdu pulak nak citer psl kakak aku..
kakak aku yg sebahagian dr hidupnya dah complete.. dah ada rumah sendiri.. dah ada keta.. cuma yg kurangnya.. dia still single.. aku sentiasa doakan moga Allah berikan jodoh yg terbaik utknya..
i luv u very much sis.. very much.. more than words i can say..
*eena.. tabahkan hati ye.. insyaAllah kamilah will b ok.. adik beradik mmg tiada tukar ganti.. sama² kita doa yg terbaik utknya..
2 comments:
Nono betullah tu, adik beradik mane leh berkira sangat ye tak. Mana yang boleh, lebey kurang jelah kan...after all tu jelah adik beradik kita, dunia akhirat takde ganti dah.. macam parents kita jugak.. itu jelah yang kita ada..
~naza~
betol naza.. takde ganti sampai bila²..
Post a Comment