“Wahai orang² yang beriman! JAUHILAH KEBANYAKAN DARI SANGKAAN (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya SEBAHAGIAN DARI SANGKAAN ITU ADALAH DOSA; dan JANGANLAH KAMU MENCARI-CARI KESALAHAN DAN KEAIBAN ORANG, dan JANGANLAH SETENGAH KAMU MENGUMPAT AKAN SEBAHAGIAN YANG LAIN. Sukakah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan² tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, Lagi Amat Mengasihani.”
(Al-Hujrat : 12)
==============================================================
pg td aku n hubby pegi hkl lagi.. pegi hematologi (appt cam biasa.. amik darah.. etc) n onkologi & radioterapi.. hari ni aku buat simulation utk radiothetapy..
aku dah pun surf internet seblom ni.. cemana dia buat simulation tu.. memula therapist tu soh aku tukar baju.. pakai gown putih yg dia dah sediakan.. pastu cam yg aku baca.. i've been asked to lie very still on a table.. aku nengok machines that used for radiation treatments were very large and seems strange n frightening.. they made noise as they moved around.. erkkk! tiba² aku terpikir.. camni skali aku kena buat treatment.. a little bit scary.. scary tu bukan apa.. bukan aku takut kat mesin tu.. tp aku pikirkan side effects n late effects radiotherapy.. dan cepat² aku istighfar.. ingat Allah.. dah mmg tersurat di Luh Mahfuz ujian sebegini buat aku.. aku redha.. aku redha..
pastu therapist kat situ kata nak buat mask.. plastic was heated in warm water so that it becomes soft and pliable.. it was then put onto my face so that the plastic gently moulds to fit my face exactly.. kata therapist tu.. 'rasa suam sikit ye dik..' mmg pun.. it felt a little like having a warm flannel put onto my face.. tp aku still blh bernafas sbb mask tu ada lubang bukan cam topeng man in the iron mask ;-)
once the mesh has moulded and become hard.. therapist tu masuk dlm controlled room that is nearby.. therapists tu nengok aku on a television screen n window at all times.. kejap² dtg kat aku.. lukis kat muka aku.. betulkan kedudukan aku.. pastu masuk balik dlm controlled room.. pastu dtg lagi.. lekat selotep kat muka aku.. conteng muka aku lagi.. pastu masuk balik dlm controlled room.. n it repeated until they satisfied..
dah selesai muka pi pulak kat thorax.. the treatment port was being marked on my skin using colored semi-permanent ink.. abis badan aku kena conteng.. huhu.. these marks will be used as a guide for aiming the radiation throughout the treatment.. dah selesai sume tuh.. the mask is taken off..
lps ni barulah aku start treatment radiotherapy.. tak tau lagi bila.. dia akan call.. tp kata consultant radiotherapist tu.. aku punya treatment will be given daily five days a week (weekdays) for 4 weeks.. means 20 times aku kena buat radiotherapy..
ya Allah.. kepadaMu aku sembah.. kepadaMu aku memohon pertolongan.. tiada tuhan yg layak disembah melainkan Engkau.. ya Allah.. Engkau kuatkanlah semangatku, tabahkan dan cekalkanlah hatiku utk menghadapi apa sahaja ujian dariMu.. hanya Engkau yg Maha Mengetahui rahsia yg terselindung akan setiap sesuatu kejadian.. aku berserah kepadaMu.. ya Allah.. selangkah kurapat padaMu.. seribu langkah Kau rapat padaku.. permudahkanlah urusanku di dunia dan akhirat.. amin ya rabbal Alamin..
*masa aku tgh nunggu giliran utk buat simulation.. big boss aku tipon.. tanya kabar aku n wish selamat hari raya kat aku.. tq en Z for ur concern.. big boss aku mmg baik.. caring orangnya.. alhamdulillah..
8 comments:
insya-Allah... semoga nono pulih seperti biasa...
insyaAllah.. tqvm baizah..
InsyaAllah....kami sentiasa doakan kesejahteraaan Nono....
Nono,
naza doakan nono, diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu.
Insyallah nono. U'll get better.
~naza~
insya'allah ..sama2lah kita yang sakit ni berikhtiar dengan peluang yang ada.moga ada penawar.
dila, naza, eena
tqvm to all of you.. doa nono pd kalian juga begitu.. moga kita semua sentiasa dlm lindungan Allah.. walau apa pun yg berlaku dlm hidup kita.. sume tu ujian dr Allah..yg penting hati kita tetap pdNya yg satu..
nono...ingat lagi fidah tak...
baru terjumpa blog nono...
apapun dugaan yang berlaku kita mesti kuat ya.. insyaallah akan dipermudahkan olehNya..
fidah,
tqvm.. insyaAllah sume akan dipermudahkan olehNya..
err.. fidah mana satu ni ye? aiseh.. sori.. rafidah ni ramai.. x tau yg mana satu..
Post a Comment