Monday, November 20, 2006

next episode

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan bahawa) sesungguhnya tiap² kesusahan ada disertai kemudahan,

(sekali lagi ditegaskan) : Sesungguhnya tiap² kesusahan ada disertai kemudahan.”

(Al-Insyirah : 5-6)

============================================================

jika dipanjangkan umur.. esok aku akan melalui satu lagi episod baru.. aku akan memulakan treatment radiotherapy esok.. ya.. esok..

fizikal dan mental aku mmg dah ready utk radiotherapy.. since aku sakit.. aku betul² dpt rasakan dunia ni hanya pinjaman.. tiada yg kekal abadi.. dari itu hargailah kehidupan yg Allah kurniakan ini.. sekelip mata Allah boleh bagi.. dan sekelip mata Dia boleh ambil balik.. sbb semua yg ada di muka bumi ni adalah milikNya.. Maha Suci Engkau Ya Allah.. hanya padaMu aku mengadu..

insyaAllah aku akan menjalani treatment radiotherapy sebanyak 20x (hopefully takde extra radio..) dan aku memohon sujud kpd Allah.. moga semua sel² kanser tiada lagi bermastautin di badanku.. moga inilah rawatan terakhir buatku.. tp dlm masa yg sama.. mental dan fizikal aku perlu bersedia utk segala kemungkinan.. itulah doaku pd Maha Pencipta.. semoga Allah permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat.. dan Allah lakukan yg terbaik utkku..

treatment aku akan dibuat 5 hari seminggu.. amik masa dlm sebulan jugak.. rest cuma wiken jer.. hkl kol aku dah bagitau mintak bwk baju siap².. kalau² nak stay kat ward.. aku prepare jer la.. tp kalau aku berdaya (doctor dah bagitau radiotherapy blh buat aku feel very tired.. aku surf internet pon kata gitu) aku cuba ulang alik hari²..

alhamdulillah.. drpd awal aku bersalin.. aku buat chemo.. hingga ke saat ini.. hubby aku pasti temankan aku kat hkl tu.. ingat lg aku kata specialist yg slalu treat aku.. ‘bagusla hubby you.. sanggup amik time off, half day.. semata-mata nak temankan you.. takde lagi patient i macam ni’ .. betol kata specialist tu sebenarnya.. chemo saja 12 kali.. means 12 hari.. tak masuk lagi buat blood test 2 days earlier everytime before chemo.. dah jd 24 hari.. itu kalau darah ok.. kalau tak ok.. kena tambah extra day lagi.. tak masuk hari² aku buat ct scan.. uh.. mmg banyak dah masanya untuk aku.. tp kata hubby darling aku.. 'from the 1st day dia lafazkan ikatan yg sah antara kami.. dia dah berjanji utk menjalankan kewajipan sbg seorang suami.. tak kira apa keadaan sekalipun..' secubit penyesalan pun tak pernah terdetik di hatinya mengahwini aku.. walaupun aku sakit.. kasih sayangnya tetap utuh.. tetap satu.. hanya padaku.. ibu kpd naim dan najwa..

alhamdulillah.. itulah hubby aku.. tak pernah dibiarkan aku bersendirian menghadapi saat² getir dlm kehidupan aku.. syukur aku dikurniakan hubby camtu.. tak pernah ada sebarang rungutan darinya.. malah sayangnya padaku makin bertambah.. alhamdulillah.. thank you very much my dear.. luv u so much darling!

maybe at the beginning aku rasa sedih bilamana aku tau aku merupakan pesakit kanser.. namun tu hanya permulaan.. sesungguhnya dgn mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang..

ramai lagi orang yg lebih susah.. lebih menderita.. lebih merana drpd aku.. at least aku masih sempurna.. tiada cacat cela.. aku masih mempunyai suami dan keluarga yg sentiasa bersamaku.. dah terlalu byk kemudahan yg Allah bagi padaku selama ini.. baru sedikit Dia mengujiku jika nak dibandingkan dgn nikmat yg telah Dia berikan padaku.. terasa begitu byk dosaku padaNya.. malu bila berhadapan dgn Allah..

kalau nak dikira.. kanser aku ni taklah seteruk kanser² lain.. Allah nak sedarkan aku sebenarnya.. maybe seblom ni aku dah jauh dari Dia.. tu pasallah Dia nak aku kembali padaNya.. alhamdulillah.. Allah masih sayangkan aku..

aku bersyukur Allah masih sayangkan aku walaupun cara yg ditunjukkan padaku agak perit utk menerima dan menelannya.. aku bersyukur.. bukan bermakna aku suka mendapat kanser.. nauzubillah.. tak siapa yg mahukan kanser.. tp aku bersyukur bila merasakan walaupun aku byk dosa pdNya.. namun Dia masih sayangkan aku.. itulah kasihnya Allah pd hambaNya.. ah.. bergenang pulak airmata aku bila fikirkan kasihnya Allah pd aku.. rasa diri aku begitu kerdil.. hina di sisiNya.. betul² buat aku insaf..

aku tau radiotherapy akan ada short n long term effect.. aku tau sume tu.. mmg scary bila dah tau.. (kalau ada yg free nak tau effect radiotherapy.. blh google 'radiotherapy for hodgkin's lymphoma' / 'radiotherapy for hodgkin's disease') tp sume tu dah tersurat utk aku.. dah tertulis di Luh Mahfuz.. tak perlu takut lagi.. aku redha.. sbg hamba Allah aku wajib berikhtiar dan berusaha.. doa harus dipanjatkan setiap saat.. sentiasa membacakan kalimahNya yg ditinggalkan pd kitabNya.. lakukan sembahyang hajat dan tahajjud selalu.. memohon dikuatkan semangat aku.. ketabahan dan kecekalan hatiku yg berkekalan dan berpanjangan.. agar aku dpt menerima apa sahaja keadaan dgn redha dan hati yg terbuka.. dan berserahlah padaNya.. semua adalah milikNya.. aku redha.. redha dgn segala ketentuanNya..

kesenangan yg datang tak akan selamanya
begitulah selepas susah ada kesenangan
seperti selepas malam datangnya siang
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

gunakan kesempatan utk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

ujian adalah tarbiyah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
kesenangan yg datang selepas kesusahan
semuanya adalah nikmat dari tuhan


*hepi besday buat zielah.. semoga sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah swt.. our sweet memories will always remain in my heart..

18 comments:

Dila said...

InsyaAllah..Dila sentiasa doakan Nono cepat sembuh dan kuat semangat.

cahaya petunjuk said...

terima kasih dila..

Anonymous said...

norul...ina sentiasa doa semoga norul ( myself also ) sembuh seperti sediakala,insya'allah.

cahaya petunjuk said...

terima kasih naqliyah.. moga kita sama² diberi akan menikmati kesihatan yg baik.. moga kita sentiasa diberi kekuatan utk menghadapi apa jua kemungkinan.. Allahuakbar!!

Anonymous said...

moga nurul sembuh dan sihat selalu.
sory tak datang beraya...
'knani'

Anonymous said...

kak norul, kitorg kt bsm ni sume rindu dgn akak...& kami doakan akak semoga lekas sembuh.... take care (knie)

Anonymous said...

Moga Norul cepat sembuh (bebas dari kanser). Hanya kepada Allah kita berserah ... Hidup perlu diteruskan dan ceria selalu. Kak Zu sentiasa ingat Norul....

Anonymous said...

nono... zila doakan nono cepat sembuh .. InsyaAllah...

zila doakan dari jauh.. selalu ingatkan nono.. tapi masa dan keadaan tak jumpakan kita lagi..

mungkin ini satu 'anugerah' dari Allah.. untuk orang2 yang istimewa macam nono...be strong..

--zila, sintok, kedah--

Anonymous said...

Semoga segala proses berjalan lancar & bersabar & bertawakkal. Saya mendoakan Nono sekeluarga tabah menghadapi dugaan!

hafizah hamid said...

semoga semuanya selamat dan berjalan lancar ye...take care nono..

Anonymous said...

Nono,

Insya'Allah pasti ada hikmah besar di sebalik setiap kejadian kerana Allah Maha Adil dan Maha Penyayang.

Be strong and good luck!

To Salman, tahniah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda.

-Zam-

Anonymous said...

Nono, are-chiek doakan semoga nono cepat sembuh and kuatkan semangat. Tabahkan hati ok...

Anonymous said...

Insya'Allah knrl akan sembuh...(saba)

Anonymous said...

Nono,
I am still amaze at how you face this fact of life. I like the outlook that you are taking. You are such a strong lady, who is actually blessed with wonderful husband, kids, family and friends. Naza doakan nono dikurniakan Allah yang terbaik buat Nono. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Baizah said...

Nono... baizah doakan yg terbaik utk nono... Insya Allah, semuanya akan berjalan lancar...
Be strong!

cahaya petunjuk said...

kak nani,
terima kasih.. takpe.. bila² masa pun rumah norul sentiasa terbuka utk kak nani

knie,
terima kasih.. insyaAllah pjg umur dpt kita jumpa next year

kak zu,
terima kasih.. norul pun ingat kak zu.. take care ye!

zila,
terima kasih.. pjg umur insyaAllah kita dpt jumpa jgk satu hari nanti

ciki²,
terima kasih.. moga kita semua tabah menghadapi apa jua dugaan yg datang

fizah,
terima kasih.. fizah pun take care sama

zam,
terima kasih.. apa jua ujian yg datang pasti ada hikmah di sebaliknya.. mengajar kita utk lebih.. lebih.. dan lebih mengingatiNya

are-chiek,
terima kasih.. moga kita semua tabah dan dpt mengambil iktibar dr setiap kejadian yg berlaku

saba,
terima kasih.. saba take care ye!

naza,
terima kasih.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. semua yg berlaku tu adalah yg terbaik kan..

baizah,
terima kasih.. semua adalah milikNya.. sbg hambaNya yg kerdil doa & ikhtiar harus sentiasa tersemat di hati n never give up!!

Anonymous said...

To Norul,
Semoga terus tabah....Insya allah, tuhan akan sentiasa mendengar doa hambanya....(ct)

cahaya petunjuk said...

t,
terima kasih.. insyaAllah Allah permudahkan segala-galanya..