"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dgn berkata : "Kami beriman" sedang mereka tidak diuji (dgn sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji org² yg terdahulu drpd mereka, maka (dgn ujian yg demikian), nyata apa yg diketahui Allah tentang org² yg sebenar-benarnya beriman, & nyata pula apa yg diketahuiNya tentang org² yg berdusta."
(Al-Ankabut : 2-3)
============================================================
26 NOVEMBER 2006.. selamat menyambut hari ulangtahun yg ke 29 buat my darling hubby.. hubby aku baru masuk 29.. aku dah cecah umur tu 5 bln lepas.. darling hubby muda 5 bln dari aku? aiseh.. aku harus buat sesuatu agar bisa menampakkanku lebih muda darinya.. har.. har.. har..
ah.. tak kisah sume tu kata my darling hubby.. yg penting kita dah jadi suami isteri yg sah.. Allah dah kurniakan zuriat buat kita.. syukur alhamdulillah..
ulangtahunnya tahun ni tak seperti tahun² sudah.. tiada yg istimewa dariku.. tp kata hubby aku.. tak penting sume tu.. asalkan kasih sayang aku padanya sentiasa terpahat di hatiku.. ya.. memang kasih sayang aku padanya tak pernah pudar.. malah sentiasa mekar seiring dgn nafasku.. uh.. puitis sungguh..
ingat lagi masa mula² aku kenal hubby aku.. pendiam jer orangnya (har.. har.. har..) dia suka melukis.. seni gitu (bukan cam aku).. aku nengok handwriting dia pun dah boleh agak.. mmg cantik dan bersih.. bila nengok hasil kerjanya.. uih.. terasa jauh beza ngan aku yg mmg tak suka seni nih.. skarang bila aku tanya kenapa dia suka melukis.. dia kata bukan melukis tp menyonteng.. hmm.. whatever.. tp aku tetap suka nengok walaupun dia menyonteng (kalau dah sayang buat apa pun sume sukeeee..)
dek kerana darling hubby aku suka melukis.. dia selalu belikan drawing block ngan kaler kat naim.. walaupun naim asik nyonteng jer (lukis bulat² katanya).. tp hubby aku tak pernah give up.. and slowly.. naim suka melukis n suka kaler (sampai kaler jadi ketot sbb selalu nak tajamkan kaler).. skarang naim dah pandai kaler yg bukan lagi conteng! hubby aku dah berjaya..
naim.. ah.. citer sedih naim hari ni.. td pagi kami pegi swimming pool kat presint 16.. nak jenjalan.. aku takleh gi tmpt crowded.. aku takleh ada close contact ngan sembarangan org.. aku punya blood count tak bape bagus since buat radiotherapy nih (antara efek radiotherapy).. so my darling hubby bawak aku ngan naim pegi tmpt yg tak ramai org..
tp sbb sampai lambat.. pool dah tutup.. hubby aku layan naim mandi.. seronot tol naim.. tp naim tak brp sihat.. ntah kenapa.. masuk dlm keta.. tiba² naim muntah.. dlm keta naim bagitau aku..
'mama.. naim nak utah.. takleh minum susu sampai abis.. nanti utah..'
selang bape minit dia pangge aku lagi..
'mama.. naim nak utah..'
pastu terus muntah kluar dari mulutnya.. sian naim.. tp naim aku bijak.. dia sempat amik cap mickey dia.. tadah muntah dia.. (sedih lak aku ingatkan naim.. terbayang-bayang lagi muka dia tadi)
naim tak sihat.. naim dah tido lps aku bagi ubat demam ngan ubat selsema.. takde lagi dengar suara naim.. aku rindu nak dengar naim aku yg petah bercakap.. naim cepat² sembuh ye.. mama rindu nak dengar naim panggil mama.. moga Allah sembuhkan naim aku.. tak sampai hati aku nengok dia sakit.. biar aku yg sakit.. jgn anak² aku yg sakit..
ah.. sabar.. sume ni dugaan dariNya..
citer pasal hubby aku balik.. bila aku dah ada perasaan kat hubby aku (ada perasaan?? ahaks.. gatal sungguh..) aku suka elak dari jumpa ngan my darling hubby.. kalau boleh satu kelas pun taknak.. ntah kenapa.. org suka berdua-dua tp aku tak suka.. malu ada.. sume ada (ngengada).. tp skarang aku tak suka kalau jauh dari dia.. kalau boleh nak dia sentiasa ada kat aku (ngengada gak nih..)
aku suka jenjalan (window shopping).. suka aku tu sampai leh lupa nak amik breakfast.. lunch.. atau apa saja yg seerti dgnnya.. hubby aku turuti hobi aku yg suka window shopping tuh.. dari the mines.. ke equine.. ke ioi.. ke one utama.. ke mid valley.. uh.. aku mmg suka jalan.. darling hubby aku layankan ajer..
pagi takde plan apa².. tetiba aku kata nak pegi genting.. dia bawak aku.. tetiba aku kata nak gi colmar (walaupun hampehest jer tmptnya).. dia layankan jugakssss..
aku cakap aku nak makan.. hubby aku usaha masakkan or cari kat kedai (kalo aku mintak nando’s takdela dia masak.. beli lersss)
kekadang terdetik di hati aku nak mkn (asik citer makan jer) sesuatu.. balik dr opis.. pasti hubby aku bawak balik makanan idaman aku tu.. hubby aku mmg ada sixth sense..
byk lagi yg hubby aku buat.. yg menggembirakan hati aku.. lenkali aku stori mori lg pasal my darling hubby.. nak citer kat entry ni kalu.. maha panjang laks nanti..
aku mmg sayangkan my darling hubby.. bukan sayang sbb dia slalu layan hobi aku.. bukan sayang sbb dia ada sixth sense.. tp sayang DIA sbb DIA..
doa aku moga Allah sentiasa melindungi suamiku hingga ke akhir hayatnya.. melindunginya di dunia dan akhirat.. membahagiakan dia.. dan dia sentiasa bahagia bersama aku & putera puteri kami.. naim n najwa.. terima kasih abang.. terima kasih di atas segalanya..
*terima kasih june n bayam.. datang beraya (raya lagi ker??) kat rumah aku.. terima kasih jugak buat na n family.. susah payah dtg dari penang menjenguk aku.. terima kasih ye..
2 comments:
Nono, bukan hadiah hari lahir yg jd ukuran..tp kasih sayang kita pada hubby merupakan hadiah yg paling bermakna...kan nono?? sesungguhnya kita masih beruntung mempunyai suami yg penyayang, mengasihi kita dan bertanggungjawab memikul tanggungjawab...kalau kita nak bandingkan dgn nasib wanita2 yg menjadi mangsa pada suami2 yg tk bertanggungjawab...syukur atas kurniaan ilahi...
betul fizah.. semua tu adalah kurniaan Allah.. syukur alhamdulillah..
Post a Comment