Monday, October 30, 2006

perginya Ramadhan.....

Wahai orang² yang beriman! JANGANLAH sesuatu puak (dari kaum lelaki) MENCEMUH DAN MERENDAH-RENDAHKAN puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan JANGANLAH SETENGAH DARIPADA KAMU MENYATAKAN KEAIBAN SETENGAH YANG LAIN; dan JANGANLAH PULA KAMU PANGGIL MEMANGGIL ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN DENGAN GELARAN YANG BURUK. (larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang² yang zalim.”

(Al-Hujrat : 11)

============================================================

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Wa lillahilhamd.. bln maghfirah dah berlalu.. selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.. aku bersyukur krn masih berkesempatan nak celebrate aidilfitri tahun ni.. tp dlm masa yg sama.. aku rasa sedih sgt berlalunya Ramadhan kali ni.. ntahla.. sedih berlalunya bulan keampunan.. tiada lagi lipat ganda pahala.. dan yg paling utama.. tiada lg LAILATUL QADAR yg dinanti-nanti.. mmg aku rasa sayu sgt perginya Ramadhan.. tak pernah lagi aku rasa miss Ramadhan camni sekali..

alhamdulillah 21 okt lps akhirnya aku selamat tiba di tanah tumpah darahku.. dpt jumpa mak & adik beradik aku.. wpun tak sume yg aku dpt jumpa.. tp yg penting kerinduanku pd mak, adik beradik serta rumahku terlerai juga akhirnya.. rumah yg menyaksikan seribu nostalgia zaman kanak²ku.. di situlah aku membesar..

aku ke pusara ayah.. sayu betul rasanya.. tak pernah lagi aku rasa camtu.. rasa seakan taknak tinggalkan ayah (tp takkan nak tido kat kubur pulak ye dak..) lama aku pegang nisan ayah.. kerinduan yg tak dpt diungkap dgn kata².. nanti anak ayah ni dtg lagi jenguk ayah ye.. itu saja yg dpt aku ungkapkan.. dan airmataku mula bergenang.. ah.. ntahlah.. maybe sbb terlalu lama tak menziarah ayah.. atau maybe sbb aku sakit.. tak seperti dulu..

wpun aku tak ke mana² raya kali ni.. tp kengkawan aku dtg beraya kat rumah.. cam raya seblom ni adik aku, saba of course dtg beraya kat rumah aku.. adik aku sorang ni mmg tak pernah lupa kat aku.. alhamdulillah.. jue pun tak ketinggalan.. dtg bersama hubby n 4 org rakyatnya :-)) dah 13 tahun aku tak jumpa ngan azlina & sue.. akhirnya raya kali ni kami bersua muka.. seronok bukan kepalang.. walaupun sorang kat selayang.. sorang kat bandar tasik puteri.. aku lak kat puchong.. tp terengganu jugak tmpt pertemuan kami (nampak sgt aku tak pernah ke rumah diorang.. har.. har.. har..) nantilah ye azlina.. sue.. insyaAllah pjg umur ada rezeki sampaila norul ke sana..

26 okt aku bertolak ke batu kikir.. 28 okt ptg aku selamat tiba kat rumah di puchong.. alhamdulillah.. Allah lindungi semuanya..

semlm dila n iza dtg beraya kat rumah aku.. aku suka betol bila ada kengkawan datang rumah ni.. rasa ceria rumah aku nih.. naim pun syok je bila ada aisyah n syamil datang rumah.. ada kawan dia..

terima kasih buat saba, azlina, jue, sue, iza n dila sbb sudi mengunjungiku.. mmg aku tak dpt beraya rumah kengkawan.. tunggu kengkawan je yg dtg nampaknya.. insyaAllah aku sihat nanti dptla aku kunjung-mengunjungi kalian semua.. buat kengkawan yg membaca entry aku nih.. jemputla dtg ke rumah aku yek..

ya Allah.. Engkau panjangkanlah umurku.. temukanlah hambaMu ini dgn Ramadhan yg akan datang.. hanya itu harapanku..

4 comments:

Anonymous said...

Nono,
naza pon rasa sedih dengan pemergian ramadhan taun nih..sedih sangat pulak rasanya.. anyway alhamdulillah, nono dapat balik ke terengganu.. mesti seronok.. albeit hiba sikit..

- naza

cahaya petunjuk said...

mmg sedih.. rasa sayu sgt kan.. moga Allah pjgkan umur kita & dipertemukan lg kita dgn ramadhan akan dtg.. insyaAllah..

naza.. jemputla dtg ke rumah.. tp kol dulu tau.. blh nono prepare apa yg patut ;-))

Dila said...

hmmm..sdap bihun goreng...
siap tambah lg...
ah'ah.. blk umah aisyah asyik sebut "Naim" jer.. x puas main agaknye....

cahaya petunjuk said...

nak kena datang main dgn naim lagi tu nampaknya..! ;-))