apakah cita² korang?.. masa kecik dulu aku pernah bercita-cita nak jadi model (sungguhla jahilnya cita² aku).. aku pernah bercita-cita nak jadi pramugari (har.. har.. har.. cukup pakej ker? cas cukup je ler).. aku pernah bercita-cita nak jadi ahli gimrama (ala.. yg pakai baju seksi lompat² bwk riben tu).. tu sume cita² yg vogue.. aku jugak pernah bercita-cita nak jadi org politik (sbb aku suka glamer gitu..) lagipun arwah ayah aku pun orang politik so aktiviti dia byk mempengaruhi aku yg mmg lama duduk rumah ni (aku masuk asrama masa form IV - compared to all my brothers n sisters yg masuk boarding school masa form I) tp arwah ayah aku ahli politik yg ilmunya di dada so dia banyak idea & bukannya suka glamer cam aku! till now aku still bercita-cita nak jd org politik.. tp aku rasa aku tak byk idea.. maybe kurang lagi membaca n kurang pergaulan.. nak cadi politicians ni kena ramai kenalan kannn..
tp aku rasa abang aku punya cita² masa kecik mmg lawak.. masa darjah 1 cikgu soh buat list cita².. dia pun tulis.. 1-polis.. 2-bomba.. 3-ambulans.. part tu yg aku tak tahan tu.. har.. har.. har.. tp tu sume cite masa kecik.. skarang abang aku dah jadi IT consultant (instead of ambulans) kat salah satu company yg agak top di malaysia.. skarang dia dah pun ada 4 org anak.. dan abang aku tu antara org yg aku impressed.. study dia bagus.. dulu aku tgk dia buat PA, fizik, kimia, add maths (yg selalunya dia score A1) mcm kacang jer.. aku ni terkial-kial.. dulu aku selalu blajar ngan dia (tp tak pandai² jugak) instead of kak long sbb abang aku tak pernah marah kalao aku takleh nak settle prob.. kalao blajar ngan kak long mmg blh buat aku rasa mcm nak brenti skolah.. har.. har.. har.. nak describe betapa garangnya kak long aku.. sampai skarang aku tak pernah tgk abang aku marah.. dia mmg steady dlm apa jua situation.. dia very humble.. n tak pernah bersangka buruk kat org.. sentiasa husnuzon.. dia kata 'kita nak kata org tak baik, kita pun bukannya baik sangat'.. bila aku pikir² betol jugak kata dia tu..
walau apa pun cita² korang.. biarlah cita² tu tak salah di sisi Islam.. aku yg tak pernah bercita-cita nak jadi pegawai sistem maklumat telahpun menjawat jawatan tu skarang!
No comments:
Post a Comment