Tuesday, September 26, 2006

as-solah

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yg diwajibkan kepadamu dari Al-Qur'an, & dirikanlah sembahyang (dgn tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dr perbuatan yg keji & mungkar; & sesungguhnya mengingati Allah adalah lbh besar (faedahnya & kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yg kamu kerjakan."

(Al-Ankabut : 45)

============================================================

masa umur aku 6 thn dah disuruh smayang.. telekung pun takde lagi masa tu.. smayang je la ngan baju yang dok pakai tu.. tak kisahla takde telekung pun.. time jemaah tu aku pun jemaah sama.. kekadang amik kain batik.. mak aku ikat atas telinga.. pastu selak kain batik tu (korang blh imagine tak? ish.. cemana nak describe nih? aku nak lukis pun lukisan aku maha kritikal).. umur 7 thn tu baru aku ada telekung..

tp bila smayang sorang² aku mula banyak akal.. 'dah smayang ke blom?' itulah soklan mak ayah aku tanya setiap kali masuk waktu smayang.. 'dah..' jawab aku.. tp korang tau apa yg aku baca? aku baca A, B, C,.....Z kekadang aku mengira (depends sampai nombor brp sbb masa aku jemaah ngan ayah aku, aku kira siap²la time qiam tu 1 sampai brp.. time rukuk tu 1 sampai brp..).. har.. har.. har.. dasat tol aku.. time tu takde sape yg tau.. time jemaah pulak aku mesti pastikan kak long aku ada sebelah kiri aku.. sbb bila tiba time tahayyat akhir aku akan sandarkan badan aku kat dia.. har.. har.. har.. kritikal.. tp itulah aku masa kecik..

tp tu sume dolu².. sembahyang itu tiang agama.. itu sahaja yg dpt membezakan kita Islam atau tidak.. percayalah.. bila hati kita benar² ikhlas menunaikan sembahyang.. kita akan rasa nikmat mengerjakan sembahyang.. nikmat mengadap Maha Pencipta.. dan kita akan merasakan betapa hina dan kerdilnya diri kita di sisi Allah Azzawajalla.. selain drpd solah fardhu.. sama²lah kita menambah lagi amalan kita dgn mengerjakan solah² sunat.. insyaAllah..

No comments: