Tuesday, June 03, 2014

sebelum masa hilang dari pandangan

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

(Al-Baqarah : 214)

=========================================================================================================

Request for a ct-scan.. tak dibenarkan sebab ada karsinogen katanya, unless it needed..

Request untuk biopsy pula.. pun tak dapat, monitor je dulu katanya..


Maka, jadikanlah, atsar dari Saidina Umar al-Khattab ini sebagai panduan..

“Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan solah sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (Al-Baqarah: 45)

Ma qaddarallah khair. Apa yang Allah takdirkan itu baik belaka..

Tuesday, May 06, 2014

biar jadi penawar dosaku

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya akan orang-orang yang berdusta".

(Al-Ankabut : 2-3)

===========================================================================================================

Terkadang kerisauan itu lebih baik. Terkadang ia bisa melunturkan semangat yang ada. Allahuakbar.. semua yang ada ini adalah milikNya..

Mudah-mudahan Allah memberi peluang kepadaku untuk berjuang di jalanNya, mendidik amanahMu ini ke jalanNya..




lapang sebelum sempit

"Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, nescaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Al-'Imran : 31)

===========================================================================================================

Dah lama tak menulis. Bukan taknak menulis. Selalu rasa nak menulis. Tapi tulah dia.. lapang sebelum sempit..

Macam-macam yang berlaku. 

Rezeki Allah ini datang dalam pelbagai cara. Alhamdulillah di atas setiap kurniaanNya.

Hidup juga tidak akan sunyi dengan ujian. Allahuakbar.. Engkau berikanlah kesabaran yang tinggi kepadaku. Hanya redhaMu yang kucari di kehidupan yang sementara ini..

Monday, February 10, 2014

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang

“Maka beristiqamahlah sebagaimana kamu telah diperintahkan.”

(Hud : 112)

=============================================================================================

Allahuakbar.. sungguh tak terhitung nikmat Allah..

Tak tau mana satu yang nak ditulis..

Lepas Huda dapat ke MRSM Johor Bahru, Pi pulak ke MRSM Taiping selepas berada di MRSM Lenggong selama 3 tahun. Hebatnya rezeki kurniaan Allah buat Kak Long sekeluarga. 

Nostalgic. Taiping cukup nostalgic dalam diri aku.

Di situ aku belajar. Di situ arwah Ayah hantar menempatkan aku. Dan itulah kali terakhir aku dapat merasakan kasih sayang Ayah sebelum Ayah pergi menemuiNya. Dan di situlah aku mengenal erti kehidupan. Allahuakbar..

Hebat sungguh perancangan Allah. Sangat hebat. 

Hari ini pendaftaran Pi di sana. Melihat gambar-gambar yang dikirim Kak Long, airmata aku menitis perlahan-lahan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang aku rasa. 

Aku tak lupa petang tu aku menjejakkan kaki di bumi bertuah itu. Anak manja Ayah yang tak pernah berjauhan ini.. ditinggalkan sendirian. Di situ merupakan MRSM PKP - Program Khas Penuntut. Aku merupakan batch ke-5 yang mana abang aku merupakan batch ke-2. Terlalu tinggi benchmark untuk aku. Terlalu tinggi. Mampukah aku mencapainya?

Tapi kata Ayah.. 'Anak-anak Ayah semua sama. Ayah tahu anak-anak Ayah kurniaan Allah ni pandai. Anak-anak Ayah anak yang soleh dan solehah, akan berjaya satu hari nanti. Ayah sentiasa doakan kejayaan anak-anak Ayah di dunia dan akhirat. Allah setiasa ada bersama kita nak. Tak kira kita dalam kesenangan atau kesusahan, mintalah apa sahaja dari Allah. Allah akan tunaikan. Ayah dari keluarga miskin. Ayah boleh berjaya. Anak Ayah mesti boleh berjaya. Ingat pesan Ayah.. kita datang sini untuk mencari ilmu. Cari ilmu sebanyak mungkin anakku. Jangan terpada dengan apa yang ada tapi berpada dengan apa yang dapat.' Dan Ayah mengucup di dahiku. Airmata aku tak henti mengalir. Dan sekarang jua begitu.. 

Allahuakbar.. masih terngiang-ngang lagi suara arwah Ayah di telingaku.. hebat sungguh kasih sayang Ayah. Sangat hebat. Itulah insan yang sanggup bergadai nyawa untuk anak-anaknya. Tak dapat dibayangkan kehebatan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Allahuakbar..

Kini aku mengerti hebatnya kasih sayang seorang Ayah kepada anaknya..

Ditinggalkan bersendirian di kala rakan-rakan lain sudah mengenali sesama mereka bukanlah mudah buat aku. Tapi kata Ayah, kita datang untuk belajar, bukan untuk mencari kawan. Tujuannya hanya satu.. supaya aku tahu hidup berdikari. Hari-hari aku belajar. Belajar hidup berdikari. Daripada mudah mengalirkan airmata hinggalah berani untuk menghadapi persekitaran yang perlu ditempuh. 

8 bulan aku di situ.. Ayah yang disayangi pergi menemuiNya untuk selama-lamanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui perasaan aku ketika itu. Belajar. Belajar untuk terus hidup. Allahuakbar.. bukan satu perkara yang mudah buat seorang anak manja yang sangat memerlukan kasih sayang daripada seorang Ayah.

Bila disingkap satu persatu, terlalu banyak hikmah yang Allah berikan.. dan setiap apa yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang..

Tahniah Pi. Selamat berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan menjadi khalifah yang namanya disebut di bumi dan di langitNya..

Ingatan dariNya

“Sesungguhnya orang yang telah berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka beristiqamah, akan turunlah malaikat kepada mereka (ketika hampir ajalnya) dengan berkata: 'Jangan takut dan jangan bersedih dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kami pelindungmu di dunia dan akhirat. Dan untuk kamu di syurga itu adalah apa yang kamu inginkan dan untuk kamu apa yang kamu minta. Ia sebagai ganjaran daripada Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”

(Fussilat :30 hingga 32)

=============================================================================================

Suka dan duka tangis dan tawa tergores bagai lukisan..

Baru dapat result yang indah, aku dikejutkan dengan abang aku yang tetiba pengsan dan rebah dalam bilik air di rumahnya. Airmata tiba-tiba mengalir di pipi. Barulah kutahu tingginya rasa sayang yang hadir dalam diri ini buat adik-beradik aku. Ini baru kasih sayang sesama manusia, belum lagi kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Aku ada history sudden death. Atuk (ayah kepada Mak) meninggal dalam usia yang sangat muda, 34 tahun akibat serangan jantung. Bila dah jadi camni, macam-macam yang terlintas di fikiran.

Semua ingatan pada abang aku datang secara tiba-tiba.

Abang aku dilahirkan genius. Tak perlu berpenat lelah menelaah pelajaran, A1 di dalam tangan. Katakan sahaja, Add Maths, Kimia, Fizik, semua di dalam tangannya. Orangnya cukup down to the earth

Dia antara contoh teladan buat aku selain Kak Long.

Sebagai consultant di salah sebuah agensi kerajaan, kawan aku sering mengatakan abang aku merupakan orang kepercayaan ketua di agensi itu. Setiap kali dia bersuara di dalam mesyuarat, semua orang akan mendengar. Hebat benar pujian yang diberikan oleh kawan aku pada abang aku. Jika nak dibandingkan dengan aku ni, memang jauh sekali. Aku tak punya kelebihan dalam menarik perhatian orang, convince orang jauh sekali, takde.. walaupun kami adik beradik.

Abang aku dapat MC selama seminggu. Tapi.. tetap menghadiri mesyuarat. Allahuakbar..

Allah sahaja yang mengetahui kerisauan hati ini. Ya Allah.. Engkau lindungilah kami sekeluarga..